Monday, July 7, 2008

Junjunglah Al-Quran

Saya tertarik dengan saranan mufti Perlis supaya Anwar membuat pengakuan sumpah menjunjung Al-Quran.

Mufti Perak pula menegaskan, tidak perlu dibuat pengakuan bersumpah menjunjung Al-Quran kerana ia boleh mengaibkan si pengaku mahupun si pendakwa. Si pendakwa dinasihatkan supaya mengemukakan bukti yang cukup dan kukuh dan bicarakan kes ini di mahkamah syariah.

Mufti Perlis kata lain, mufti Perak kata lain. Yang mana satu harus diikut? Kedua-duanya pun mufti, penasihat agama.

Anwar menetapkan jika ingin dilaksana sessi tersebut, mufti2 yang berkumpul mestilah yang terkenal dari dalam & luar negara. Kenapa mesti yang luar negara?

Kalau betul tidak bersalah, junjunglah Al-Quran itu & ucapkanlah sumpah anda, dengan nama Allah anda tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu dan sekiranya anda berbohong, satu bala akan menimpa anda. Apa yang hendak ditakutkan jika benar-benar tidak bersalah... Allah pasti memihak kepada orang yang teraniaya. Cuma, jangan dimain-mainkan Al-Quran, kitab suci kita.

No comments: