Tuesday, July 8, 2008

Pengakuan bersumpah

Pesuruhjaya sumpah perlu menetapkan beberapa peraturan supaya bukan semua orang boleh simply buat pengakuan bersumpah. Jika pengakuan pertama bercanggah dengan pengakuan kedua, tindakan harus diambil kepada si pengaku. Jika tidak, institusi ini akan dilihat sebagai tiada kredibiliti kerana sesiapa saja boleh buat pengakuan itu dan ini, sesuka hati.

Ada seorang blogger bernama Ketam mendedahkan, satu pengakuan bersumpah telah dibuat oleh Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Abdul Murad, bahawa Anwar Ibrahim mengawal berpuluh akaun induk berjumlah berbilion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan. Ini bukanlah satu kejutan. Anwar Ibrahim memang penuh dengan expected surprises.

Dalam satu Hadis Riwayat Ad-Darimy, Rasulullah s.a.w ada mengingatkan: "Yang merosak umatku adalah orang alim yang durhaka dan ahli ibadah yang bodoh. Seburuk-buruk manusia yang buruk adalah ulama yang buruk dan sebaik-baik manusia yang baik adalah ulama yang baik."

Ada orang yang lagaknya sangat alim, suci, bersih dan terbaik. Siapa tahu di dalam hatinya sangat kotor dan penuh kepura-puraan. Don't judge the book by it's cover. Sehina-hina manusia adalah orang yang sering menasihati orang lain supaya berbuat baik dan beramal tetapi orang itu sendiri tidak pernah mengamalkannya.

Dalam slot berita malam tadi, Dato' Seri Syed Hamid Albar menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan bahawa Anwar andalah perisik Amerika tetapi Anwar sendiri yang berkata demikian. Beliau hanya menyatakan bahawa "Anwar suka buat laporan". Ada kebenarannya bila mana Amerika dengan muka tak malu menghalang Kerajaan Malaysia membuat siasatan terhadap Anwar.

Orang biasa seperti saya pun boleh nampak seperti ada 'sesuatu' di antara Anwar dan Amerika. Apa istimewanya Anwar sehingga perlu diberi pengecualian sebegitu? Penyokong Anwar mungkin menyatakan ini satu lagi konspirasi jahat menjatuhkan pemimpin mereka tetapi adakan otak mereka mampu berfikir, apakah yang menyebabkan Amerika boleh membuat kenyataan sedemikian? Bila dikata mereka berteman baik dengan orang Amerika, mereka marahkan kita pula...

Pengakuan Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara perlu dipandang serius kerana ini bukan kenyataan yang didengar dari pihak ketiga.

Sesiapa saja boleh membuat pengakuan bersumpah berdasarkan cerita-cerita yang didengar dari pihak ketiga. Saya pun boleh buat kenyataan bersumpah menyatakan Anwar meliwat orang kerana saya dengar cerita ini dari pihak ketiga. Pihak ketiga saya ialah press... Logik?

TDM menerangkan di dalam blognya berhubung kes liwat Anwar satu ketika dulu, mahkamah "ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah".

Pembebasan Anwar berlaku ketika Pak Lah menjadi orang no.1 negara. Pembebasan yang kontroversi.

Itu ini begitu begini. Ape ke hei nye yop?

No comments: