Showing posts with label Goods. Show all posts
Showing posts with label Goods. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

Minyak turun

Alhamdulillah... Harga minyak petrol turun lagi. Kali ini penurunan sebanyak 15 sen, dari RM2.45 kepada RM2.30. Namun difahamkan, harga minyak dunia adalah jauh lebih rendah mencecah USD78 setong. Jadi, sepatutnya, harga minyak di Malaysia ni boleh diturunkan lagi sekurang-kurangnya 20-30sen.

Walaubagaimanapun, diharapkan agar harga barang runcit akan turut turun seiring dengan penurunan harga minyak. Para peniaga, pemborong & pengusaha nampaknya mengambil kesempatan utk mengekalkan harga lama yg (sangat) mahal untuk mengaut keuntungan lebih. Pihak yg berwajib (KPDNHEP) kenalah turun padang, rajin2la buat tinjauan, laksanakan tugas anda. Jangan hanya sibuk bagi komen je, kerja tak jalan, habuk tarak.

Friday, June 27, 2008

Increment 100%

Baru-baru ini, berikutan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan kadar tarif elektrik baru untuk pengguna di mana kadar caj adalah berdasarkan kuota penggunaan. Caj-caj diselaraskan mengikut range pengguna.

Misalnya bagi range (contoh aje):
Penggunaan 0 - 200W, kadarnya ialah RM50
Penggunaan 201 - 400W, kadarnya ialah RM80

Pengguna A menggunakan 100W, jadi bil mereka ialah RM50.
Pengguna B menggunakan 200W, jadi bil mereka ialah RM50.
Pengguna C pula menggunakan 210W dan bil mereka ialah RM80.
Pengguna D pula hanya menggunakan 50W tetapi dia juga dikenakan caj RM50.
Pengguna E guna 400W, bil RM80.

Beza penggunaan Watt oleh pengguna B dan C hanya 10W, tetapi perbezaan bil adalah RM30. Kita lihat pula perbezaan antara pengguna C dan E. Jumlah bil mereka sama iaitu RM80 tetapi beza penggunaan terlalu ketara iaitu 190W.

Pada pandangan saya, penyelarasan bil seperti ini adalah tidak adil kepada pengguna. Pengguna yang menggunakan power yang sedikit, terpaksa membayar caj yang sama dengan pengguna yang menggunakan lebihan power. Kalau begini keadaannya, apa guna pengguna A berjimat cermat. Istilah 'jimatkan penggunaan elektrik' tentulah sama sekali tidak relevan untuk mereka.

Tidak lama selepas pengumuman kenaikan kadar elektrik, pihak Kerajaan pula mengumumkan bahawa gaji CEO TNB akan dinaikkan 100%.

Saya sangat terkejut.

Saya faham jika gaji perlu dinaikkan. Semua rakyat Malaysia mengidamkan salary increment, tetapi kalau increment itu mencapai 100%, saya kira itu tidak wajar sama sekali. Tambahan pula, beberapa minggu sebelum itu, TNB baru saja mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Gaji CEO pula bukannya sedikit. Kurang-kurang mencapai RM60,000. Jika dinaikan 100%, ini bermakna gaji baru CEO TNB ialah RM120,000.

Bayangkan berapa ramai pekerja-pekerja yang akan gembira tidak terkata jika RM60,000 itu diagihkan kepada mereka sama rata berbanding jika ianya dibolot oleh satu pihak sahaja?

Adakah kenaikan tarif ini dibuat disebabkan kita perlu menampung kos gaji CEO yang dinaikkan sehingga 100%? Mengapa rakyat pula yg perlu menanggung beban ini? Sudahlah kita diparahkan dengan kenaikan harga minyak dan barang yg menggila dan tidak terkawal. Secara peribadi, saya kesal dengan keputusan ini. Kerajaan tidak sewajarnya memberikan increment kepada seorang CEO sehingga 100% di saat rakyat sedang menangis memikirkan cara untuk berjimat dan 'ubah cara hidup'. Kepada pihak Kerajaan, silalah pertimbangkan semula hasrat anda.