Showing posts with label Pak Lah. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah. Show all posts

Friday, October 10, 2008

Nasihat untuk Najib

Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya memanjat kesyukuran kerana masih dikurniakan akal yang waras, tubuh yang sihat, negara yang masih aman damai walaupun ada sedikit kekecohan, dan diberikan ruang masa yang cukup untuk membaca blog2 kegemaran.

Saya amat tertarik dengan tulisan terbaru The Scribe yang menulis tentang "Nasihat Yang Tidak Diminta Buat Mohd Najib". Padat, lucu & terkesan. Itupun kalau DS Najib membacanya. Nasihat percuma yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Datuk Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Datuk Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;

3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Datuk Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;

4. Tidak payahlah ada “presidential office” ala “4th Floor” (aka budak-budak tingkat 4) atau “spin doctor” yang putar-belitkan maklumat;

5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan

6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Datuk Seri --- bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada “Mr Nice” dan “Mr Clean” yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.

*(^_^)* Jika DS Najib juga mempunyai ruang masa seperti saya untuk membaca blog The Scribe, alangkah bagusnya. Kita mengharapkan DS Najib akan membawa sinar baru kepada ekonomi negara, kemakmuran masyarakat berbilang kaum & kestabilan politik tanahair.

Dengan pengunduran Pak Lah, Malaysia mula bermandikan cahaya HARAPAN, harapan untuk terus maju, harapan untuk terus makmur, harapan untuk terus berjaya, dan harapan untuk mengangkat kembali maruah Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani. Alangkah gembiranya rakyat Malaysia dgn pengunduran ini, seperti meraikan satu kemenangan besar tambahan pula ianya berlaku di dalam bulan Syawal, bulan mulia dia mana umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Thursday, October 9, 2008

Pak Lah tarik diri

Finally, Pak Lah has made a very-very-very wise decision. A decision that we adore most, that we're waiting for so long, and a decision that giving us HOPE. We respect his decision (of course we are!) and thanks him for being so 'understanding' *(^_^)*.

Tuesday, July 8, 2008

Kita sebar fitnah?

Dalam akhbar Utusan hari ini, Pak Lah membuat kenyataan bahawa pengendali blog bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah-fitnah di Malaysia. Keseluruhan berita tersebut berbunyi:

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengendali blog turut bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita pembohongan sehingga menyebabkan suasana politik negara diselubungi fitnah.

Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan mereka agar berhenti berbuat demikian.

''Mereka (pengendali blog) juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindakan terbaik mereka adalah berhenti (daripada menyebarkan fitnah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan ahli-ahli politik yang saling menuduh sekarang ekoran penyebaran fitnah yang berleluasa di negara ini.

Terdahulu, beliau bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan pelancaran Kumpulan Tokoh- Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengendali blog yang menyebarkan fitnah.

''Kebenaran akan terserlah. Apabila kebenaran muncul, semua fitnah tersebut akan berhenti,'' kata Perdana Menteri.

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Hmm... mungkin ada orang yang goyangkan pokok tu. Atau mungkin berlaku gempa bumi atau puting beliung.

Ya betul Pak Lah... Kebenaran akan terserlah. Madah berhelah akan terungkai. Bangkai gajah mana mungkin disembunyikan lama-lama. Lambat laun bau bangkainya akan tersebar juga, dibawa angin lalu. Menusuk hidung rakyat jelata.

Thursday, July 3, 2008

Propaganda liwat?

Saya hanya memberi response kepada hasil tulisan Datuk Ron.

Permainan politik memang sukar diduga. Percaturan adakala menjadi, adakalanya 'hancus'. Yang pasti, akan ada pihak yang mengena dan terkena.

Dalam kes Anwar, saya melihat dari sudut yg sama. Cuma soal betul2 bersalah atau tidak, itu kita serahkan pada pihak yang berkuasa. Mungkin juga benar ada tindakan terancang, mungkin juga ia satu kenyataan. Kalaupun pihak mahkamah membuktikan beliau tidak bersalah, adakah beliau benar2 tidak bersalah atau mungkin benar bersalah tetapi tidak cukup bukti. Wallahualam.

Saya percaya kemungkinan itu terlalu 'macam-macam'. Cuma, jika hendak disimpulkan bahawa mungkin ini agenda pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu kenaikan harga minyak & barang serta isu peralihan kuasa, kebenarannya ada di situ. Ada pihak juga yang sedang cuba menjadi hero Malaya.

Yang pasti, kemelut2 politik seperti ini amat merimaskan rakyat. Tambahan pula dgn cubaan campurtangan AS, ia tambah memburukkan keadaan. Apalah agaknya tanggapan dunia terhadap Malaysia? Apa pula pandangan negara2 Islam yang lain? Malaysia suatu ketika dulu begitu unggul di persada antarabangsa dan sangat disegani. Adakah kita masih di pentas yang sama?

Thursday, June 19, 2008

Sokongan Bawa Rebah

Semalam, Kerajaan dikejutkan dengan pengumuman oleh parti SAPP dari Sabah yang menyatakan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah. SAPP memberi alasan bahawa Pak Lah gagal menangani isu-isu fasiliti di Sabah & kelembapannya menyelesaikan beberapa masalah berkaitan rakyat Sabah. SAPP menang 2 peringkat parlimen dan 4 DUN atas tiket BN.

Cover utusan hari ini berbunyi: "BN sokong Abdullah - Semua pemimpin komponen berdiri teguh belakang Perdana Menteri".

Rimasnya saya dengan pengampu2 ni. Inilah sokongan yang membawa rebah.

Di mana pendirian mereka. Adakah perjuangan mereka bertunjangkan $? Demi menjaga periuk nasi, masing-masing lupa yang mereka sebenarnya adalah wakil-wakil penduduk yang dipilih oleh rakyat. Mereka diundi, dipangkah semasa pilihanraya dengan harapan dapat menjadi pemimpin yang berwibawa, yang mampu mentadbir dengan baik dan memacu negara ke arah kemakmuran, kestabilan ekonomi dan membasmi kemiskinan. Janji pilihanraya itu nampaknya palsu.

Tok Rimau ada memberikan komen bahawa Kerajaan perlu membuat sesuatu sebelum terlambat. Kerajaan perlu mengatur strategi dan mempunyai beberapa dasar jangkamasa panjang demi kepentingan rakyat Malaysia.

Saya tidak nampak yang Pak Lah berkemampuan membuat satu rancangan jangkamasa panjang. Flip-flop. Leadership skill Pak Lah amat diragui berdasarkan situasi sekarang. Banyak kepincangan dari segi politik, ekonomi & sosial. Lengkap 'mix & match'nya.

Sebagai contoh, isu WPI. Kesan jangkamasa pendek kita boleh kata, Malaysia dapat keuntungan hasil jualan rumah & tanah kepada warga Singapura. Kesan jangkamasa panjangnya pula, mereka mungkin boleh menebus hak mereka & inginkan hak mutlak sebagai milik Singapura. Habis kita!

Tambahan pula beberapa tahun lalu Pak Lah telah mengumumkan yg warga asing boleh beli rumah di Malaysia tanpa syarat. Bayangkan kalau Amerika upah rakyatnya beli rumah di Malaysia banyak-banyak. Mula2 beli satu kawasan perumahan, kemudian dua, tiga... satu negeri... Habis kita!

Dulu, saya amat ternanti2 pembinaan landasan keretapi berkembar merentasi semenanjung Malaysia. Rakyat jelas boleh nampak manfaatnya. Senang nak travel, free toll, free traffic jam & cepat. Itulah namanya nak memperbaiki sistem pengangkutan.. tapi sayang sekali, Pak Lah dah cancelkan. Rakyat kecewa. Agaknya kalau TDM tak sempat menyiapkan projek LRT dulu, mungkin tak ber-LRT-lah kita. Isu bas Rapid KL pun masih 'hanging'. Tiada pihak yg tampil memberikan penjelasan. Bukankah saban hari rakyat mengeluh yg bas selalu lambat, tidak menepati jadual, bas rosak dll tetapi hakikatnya beribu2 bas BARU tersadai macam besi buruk.

Dari segi ekonomi pula, harga barang sekarang ni dah macam tiap2 tahun naik. Kerajaan bertegas "kita akan buat pemantauan rapi". Mungkin itu rancangan jangkamasa pendek beliau. Tetapi apakah strategi/kaedah yg diambil utk betul2 memastikan yg pemborong2 tidak sesuka hati menaikkan harga barang. Akhirnya, kementerian terbabit akan cakap "Rakyat perlu menjadi mata & telinga Kerajaan". Sedangkan terpapar di tv baru2 ni, pengusaha2 roti terpaksa hentikan operasi kerana sukar dapatkan bekalan tepung. Kalau ada pun, harganya meningkat sekali ganda. Bila dianjurkan kepada pihak berwajib, semuanya buat tak tahu. Sedih org kita diperkotak-katikkan. Itulah nasib pengusaha2 kita & industri kecil-kecilan.

Saya pelik apabila pengusaha2 padi di kampung berkata yg mereka tidak faham kenapa harga beras dinaikkan mendadak sedangkan mereka tolak beras kepada pemborong pada harga biasa. Satu sen pun tak naik. Tup2 harga beras di pasaran naik. Siapa yg kaut untung lebih? Di mana pemantauan Kerajaan? atau balik2 nak kena tunggu rakyat juga yg jadi 'mata telinga'.

Standard flow: Bila harga minyak naik, harga barang pun naik. Gaji tak naik. Jadi, taraf hidup rakyat turun. Inflasi meningkat. Kemudian kadar jenayah meningkat.

Pemimpin sekarang ni memang tiada kesungguhan. Pentingkan faktor perut aje. Semuanya hangat2 tahi ayam. Rancang itu & ini tetapi perlaksanaan hambar. Bila rakyat complain, mereka pekakkan telinga, butakan mata. Macam peribahasa Karam Singh Walia; Ibarat kambing tanduk bukit. Bukit tak runtuh, tanduk yg sakit. Kita pulak yg sakit HATI. Pleaseeee buat sesuatu sebelum terlambat.

Friday, June 13, 2008

Peralihan kuasa

Benarkah peralihan kuasa hanya satu propaganda? Tatkala rakyat Malaysia sedang berduka lara berikutan kenaikan harga minyak yg bukan sedikit, sekumpulan pemimpin negara kita pula sedang berlumba-lumba untuk menawan hati Pak Lah supaya kedudukan mereka kekal di tampuk pemerintahan. Apakah sandiwara yang dimainkan?

Hati kata lain, mulut kata lain.

Peralihan kuasa adalah isu kemuncak. Gesaan rakyat supaya Pak Lah berundur hanya sia-sia. Serangan maya bertimpa-timpa namun Pak Lah bagai sengaja memekakkan telinga, kebalkan jiwa. Rakyat yang sengsara.

Bagai satu sandiwara, Pak Lah menyatakan kesediaannya untuk mengundurkan diri tetapi ditegaskan ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat kerana dia perlu mentadbir negara untuk tempoh beberapa tahun lagi. Persoalannya, berapa tahun? Ternyata, 'statement' tersebut hanya satu 'ubat' untuk rakyat yang terlalu kepingin melihat beliau letak jawatan. Jadi, kepingin rakyat itu 'dilayan' dengan 'statement' untuk menyejukkan hati sedangkan pada hakikatnya beliau masih sayangkan pangkat yang disandang.

Sungguh gila kuasa, gila pangkat, gila harta, gila kekayaan dan gilakan penyelewengan.

Semoga Allah melindungi kita semua. Aaminn...