Wednesday, July 9, 2008

Di mana Bala?

Selepas membuat dua pengakuan bersumpah yg bercanggah, penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda (suspek kes pembunuhan Altantuya) iaitu P.Bala tiba2 hilang secara senyap. Kaum kerabat, saudara mara mahupun sahabat handai P.Bala sendiri tidak tahu ke mana dia menghilang. Menyorok? Tapi kenapa? Apa motif sebenar P.Bala apabila dia bertindak memberikan dua pengakuan bersumpah yang berbeza dan bercanggah sama sekali? Siapa yang 'memandu' P.Bala? Siapa yang mendorong P.Bala berbuat demikian? Siapa yang mendapat kepentingan dari tindakan P.Bala dan siapa pula yang akan ditimpa bala akibat tindakan P.Bala?

Banyak soalan berlegar di fikiran saya. Ada sesiapa yang boleh memberikan jawapan?

No comments: